BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA

PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data dengan sistematik adalah pendekatan teruji dalam menjalankan sebarang penyelidikan untuk mengukuhkan sesuatu perkara serta memantapkan kefahaman kepada pengkaji. Dalam sesuatu kitaran kajian tindakan, pengutipan data berlaku di peringkat awal yang mana pengkaji mengumpulkan data untuk memahami secara mendalam masalah yang dikenal pasti manakala peringkat kedua pengutipan data adalah untuk mengesan keberkesanan aktiviti rawatan yang dilakukan kepada sesuatu situasi yang ingin dipertingkatkan. Menurut Johnson & Christensen (2000:125-154) menyatakan ada 6 metodologi yang selalunya diguna oleh penyelidik dalam mengumpulkan data iaitu:

1. Ujian-ujian piawai
Ujian standart yang dibina pengkaji untuk sesuatu tujuan spesifik seperti mengukur sesuatu
tahap disebabkan kesahanndan keanjalan yang tinggi.

2. Soal selidik
Adanya penyoalan berdasarkan soalan yang disusun teratur untuk ditadbir ke atas peserta.
Boleh ditadbir pengkaji ataupun pembantunya dan soalan ini diisi oleh responden. Kualiti
soalan menentukan nilai sesuatu kajian.

3. Temu bual
Kebanyakan pengkaji gemar untuk melakukan temubual jenis bersemuka. KAdangkala temu
bual ini dilakukan di dalam telefon, persidangan video dan lain-lain. Temubual bersemuka
adalah bentuk komunikasi yang mana penemubual mengemukakan soalan-soalan verbal
untuk tujuan pemerolehan maklumat.

4. Pemerhatian
Situasi di mana pengkaji melakukan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat. Disini
pengkaji mengutip data dengan melihat gelagat, corak perlakuan atau rupa tertentu untuk
kutip maklumat tentang sesuatu kajian.



JENIS-JENIS DATA
Umumnya data dapat diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu:
i. Data kuantitatif
Lebih dominan dimana data yang diperolehi adalah berasaskan kepada pengukuran-
pengukuran yang menggunakan skala-skala perkadaran dan instrumen-instrumen khusus
bagi menuhi keperluan rumusan rumus stalistik.

ii. Data kualitatif
Kebanyakannya telah ditranskripsi, istilah dan sebagainya yang menyokong. Dapat
dikumpulkan ketika sesi perbualan, pemerhatian, catatan pengalaman serta perasaan
pengkaji.


PENGANALISISAN DATA
Penganalisisan data berlaku pada 2 peringkat yakni ketika proses mengenalpasti isu dan pada peringkat akhir iaitu selepas kutipan data dilakukan semasa dan selepas perlaksanaan sesuatu tindakan. Ketelitian amat diperlukan dalam menganalisis data supaya maklumat yang diperolehi itu sahih dan dapat digunakan dalam membuat kesimpulan.

Pengkaji bertanggungjawab memastikan data yang diperolehi itu adalah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Dalam menganalisis data pengkaji boleh menggunakan bantuan komputer. Disini selalunya penulis akan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences atau lebih dikenali sebagai SPSS.

Kaedah pengumpulan data yang pelbagai samada dilakukan secara berstruktur atau tidak ataupun kedua-duanya sekali. Bagi pendekatan berstruktur, aspek yang hendak diperhatikan telahpun dikenalpasti. Biasanya pengkaji telah menyediakan senarai semak atau bentuk soalan tertutup yang berkaitan dengan perkara-perkara yang menjadi keutamaannya. Bagi pemerhatian atau temubual tidak berstruktur pula pelbagai soalan boleh dikumpulkan asalkannya berkaitan dengan kajian.

Bagi pemerhatian atau temubual tidak berstruktur, adalah lebih sukar ditandatangani dan kompleks kerana wujudnya sumber subjektif. Untuk meningkatkan ketepatan, pembacaan nota-nota catatan perlu dibaca berulang kali, serta direfleksikan .




Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4:


TEORI ATAU KAEDAH YANG BOLEH DIADAPTASI

1. KAEDAH PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
  • Merupakan satu pendekatan pembelajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran . Disini guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar yang berusaha untuk belajar secara sendiri mahupun secara berkumpulan. Pelajar diberikan peluang untuk mendapatkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Peranan guru pada ketika ini adalah sebagai fasilitator yang mana mereka membantu pelajar untuk mencapai matlamat manakala pelajarlah yang mengerakkan proses pembelajaran supaya mendapat maklumat dan pengetahuan.

2. TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON
  • John B. Watson merupakan seorang ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkahlaku dalam proses pembelajaran. Beliau mendapati bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menetukan ransangan yang akan didedahkan kepadanya dan gerak balas yang terhasil. Dengan penggabungan beberapa ransangan, gerak balas tertentu akan terhasil serta dapat dikaitkan dengan situasi. Bagi proses P&P, guru perlulah memilih ransangan yang menyeronokkan.

3. MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Kegiatan mental manusia yang berkaitan dengan penerimaan maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woofolk, 1998). terdiri daripada ingatan deria (sensory motor), ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

a) INGATAN DERIA
  • Ingatan jangka pendek yang wujud pada manusia. Masa penyimpanan adalah antara 1 hingga 3 saat. Mudah hilang.
b) INGATAN JANGKA PENDEK
  • Tempoh simpanan maklumat adalah 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun dan disintesis untuk dihantar ke stor jangka panjang.
c) INGATAN JANGKA PANJANG
Mampu menyimpan maklumatlebih lama dan isi kandungannya dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

i. Ingatan Episodik
  • Ingatan tentang peristiwa yang dialami oleh seseorang sepanjang hayatnya, lengkap dengan masa, dan tempat.
ii. Ingatan Semantik
  • Ingatan tentang makna yakni menyimpan konsep, fakta, hukum, skema atau imej.
iii. Ingatan Prosedural
Ingatan bagaimana melakukan sesuatu, teritamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya mengingati bagaimana menaiki basikal.



4. TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Diperkenalkan oleh Robert M. Gagne iaitu seorang ahli psikologi eksperimental. Beliau telah mengenalpasti 8 peringkat pembelajaran. Antaranya adalah seperti berikut:

Pembelajaran isyarat
  • Individu mempelajari gerakbalas terhadap sesuatu isyarat. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku.
Pembelajaran Gerak balas
  • Proses peneguhan diberikan untuk memperkuatkan talian antara ransangan dengan gerakbalas.
Pembelajaran rangkaian motor
  • Digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permaianan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Merupakan siri tingkahlaku yang berkaitanuntuk melengkapi tugasan yang dijalankan.
Pembelajaran pertalian bahasa
  • Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar menggunakan bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Memerlukan kemahiran berbahasa yang dipelajari dahulu.
Pembelajaran diskriminasi
  • Membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan
Pembelajaran konsep
  • Pembentukan konsep yang bermula dengan pertalian bahasa dan diskriminasi. Pelajar membentuk konsep dengan baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar didedahkan dengan banyak contoh yang jelas dan tepat untuk membentuk konsep yang betul.
Pembelajaran hukum
  • Melibatkan 2 atau lebih konsep yang berkaitan dengan sesuatu urutan, atau rangkaian. Melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.
Pembelajaran menyelesaikan masalah
  • Melibatkan beberapa langkah dalam menyelesaikan masakah iaitu mengenalpasti masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan serta membuat rumusan.



KERANGKA KONSEPTUAL



KERANGKA OPERASIONAL
  • Guru menjalankan P&P dengan menetapkan sesuatu tajuk atau unit mengikut sukatan pelajaran.
  • Guru menyediakan perancangan mengajar misalannya mengajar kata kerja kepada para pelajar . Disini guru sudah menetapkan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar.
  • Guru menggunakan kit pengajaran untuk memberikan makna, konsep serta kefahaman kepada pelajar.
  • Guru menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kit pengajaran yang telah ditetapkan guru. Disini guru bertindak sebagai seorang fasilitator.
  • Guru cuba mengenalpasti tahap kefahaman pelajar samada pelajar sememangnya faham atau tidak apa yang cuba diajar dalam P&P pada hari tersebut melalui latihan.

Aktiviti 12: Tugasan 4: PEMURNIAN

PENGINTEGRASIAN KIT PENGAJARAN DALAM PROSES P&p BAGI PELAJAR BEKEPERLUAN KHAS.

Berdasarkan maklum balas, penambahbaikan yang dapat dikenalpasti adalah seperti:


Pernyataan masalah
1. Kaedah tradisional yang diguna pakai oleh guru-guru menyebabkan pelajar-
pelajar bekeperluan khas sukar untuk memahami sesuatu isi pengajaran.
2. Guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan kaedah kuliah tanpa
menggunakan BBM yang bersesuaian membuatkan pelajar kurang berminat
untuk terlibat aktif dalam kelas.

Tujuan Kajian
Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar bekeperluan khas lebih berkesan dan efektif.

Text Color
Objektif kajian

1. Penerokaan penggunaan kit pengajaran dalam P&P bahasa melayu oleh guru
untuk menjadikan kelas lebih aktif dan bermaklumat.
2. Menarik minat pelajar untuk belajar bahasa melayu.
3. Menjana pemahaman dan pemikiran kreatif pelajar dalam bahasa melayu.

Bentuk soalan
1. Adakah penggunaan kit pengajaran dapat membuatkan sesi P&P lebih hidup
dan menyeronokkan?

2. Adakah pengintegrasian kit pengajaran dalam P&P bahasa melayu dapat membantu pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah?
3. Bagaimana kit pengajaran dapat memupuk pelajar bekeperluan khas berfikir?














Aktiviti 11: Tugasan 4 : Ulasan Jurnal

Berdasarkan 3 jurnal yang telah dikaji, nyatakan permasalahan yang dilaporkan penulis dan bagaimana untuk mereka melaporkan pernyataan masalah.


JURNAL 1
TAJUK: HELPING STUDENT TO ADD DETAIL AND FLAIR TO THEIR STORIES
PENULIS : POOJA PATEL & LESLIE LAUD.

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian yang efektif bagi 3 orang pelajar yang mengalami masalah dalam penulisan. Penulis telah menggabungkan 2 strategi iaitu strategi pembangunan strategi yang dibangunkan oleh N. BElls (1991b) dan penstrukturan perkataan melalui struktur verbal serta visual. Didapati 2 daripada pelajar ini mengalami peningkatan dalam penulisan mereka.

METHOD

PENGLIBATAN
3 orang pelajar iaitu Kerry, Sabra dan Mali merupakan pelajar gred 7 di sebuah sekolah yang terletak di northtentern United Stated. Ketiga-tiga daripada mereka memasuki program pemulihan selama 55 minit 3 kali seminggu. Aktiviti ini dilakukan dalam bilik resos. Hal ini kerana penulis telah menemubual guru-guru pelajar-pelajar terbabit dan mereka mendapati pelajar-pelajar tersebut menghadapi masalah dalam penulisan berbanding rakan-rakan yang lain.

Kerry
Telah didapati masalah ketidakupayaan pembelajaran bahasa yang mana keupayaannya untuk menjana idea dan menulis adalah lemah.

Sabra
Merupakan pelajar baru dan turut menghadapi masalah ketidakupayaan pembelajaran bahasa . Mengalami kelemahan dalam pengetahuan fonetik dan ini menjejaskan keupayaannya untuk bertutur serta kemahiran mengeja.

Mali
Telah ke sekolah sejak tadika. Namun tidak pernah menjalani ujian diagnosis denagan masalah ketidakupayaan pembelajaran berbahasa. Menghadapi masalah yang sama namun lebih teruk yakni menghadapi masalah mengenalpasti struktur mengeja, mengalami kelemahan dalam kemahiran mengeja dan membaca, penulisannya tidak teratur, mengalami kesukaran dalam menulis.

PROSEDUR
Menggunakan strategi dan berdasarkan SRSD (Harris et al..2006) (1) Membangunkan latar belakang pengetahuan, (2) Membincangkannya (3) Modelkannya (4) Mengingat, (5) Sokongan dan (6) Mempersembahkannya sendiri .

Pada ketika ini pelajar dilatih menggunakan 5W2H iaitu model N. Bells (1991b)untuk membina ayat-ayat dan ianya didapati berkesan meningkatkan literasi pelajar tersebut.

PENILAIAN
Data bagi kajian ini diambil untuk tempoh masa sebelum dan selepas eksperimen. Data ini diambil berdasarkan sampel pre-ujian dan sampel post-ujian. Ini merangkumi 4 kriteria iaitu tatabahasa, kiraan perkataan, bilangan imej dan skor holistik iaitu skala holistik yang diperkenalkan oleh Tindal & Hasbrouck (1991). Data secata kuantitatif juga diambil sebagai sokongan terhadap kajian. Penggunaan data kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan perbualan dengan guru-guru juga diambil kira.

KEPUTUSAN
Berlakunya peningkatan untuk 2 orang pelajar walaubagaimanapun seorang pelajar kurang menunjukkan peningkatan.










JURNAL 2
TAJUK: IMPROVING READING COMPREHENSION AND FLUENCE THROUGH THE USE OF GUIDED READING
PENULIS : KARI A. GABL, KRISTI L. KAISER, JULIE K. LONG & JESSICA L. ROEMER

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilakukan untuk program peningkatan kefahaman membaca pelajar dan kelancarannya dengan menggunakan "guided reading". Kajian ini dijalankan ke atas pelajar gred 2 dan 4 di northwest Midwes. Literatur menunjukkan kepelbagaian faktor menyumbang kepada masalah dalam kelancaran bacaan serta markah yang diperolehi dalam kefahaman. Kajian ini dilakukan oleh seorang guru dan beliau berusaha untuk mendedahkan pelajar dalam suasana bacaan yang dibantu dan dipantau guru dalam satu kumpulan kecil pelajar. Akhirnya peningkatan dapat dilihat.

METHOD

PENGLIBATAN
Pelajar gred 2 dan 4 di northwest Midwes terlibat dalam kajian ini.


Wednesday, December 9, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4: MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN.

¨1.Matlamat kajian tindakan:
Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar lebih berkesan dan efektif.

2.Bentuk objektif kajian :
a) Meneroka penggunaan kit pengajaran dalam proses P&P.
b) melihat perubahan tingkah laku pelajar.

3. Bentuk soalan kajian:

a) Bagaimana pengintegrasian kit pengajaran dalam P&P hendak dilaksanakan.
b) Adakah perlaksanaan kit pengajaran memberi sebarang kesan positif terhadap proses P&P.

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 8: Tugasan 4: CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN SUBJEK.

Individu:
1. Penggunaan kit pengajaran dapat menyumbang kepada proses P&P lebih menarik dan
bermaklumat.
2. Kit pengajaran sebagai salah satu daripada kaedah yang boleh digunakan untuk menyumbang
kepada penjanaan kemahiran berfikir.

Perbincangan ahli kumpulan:

1.Penggunaan kit pengajaran dilihat sebagai satu alternatif dalam menyelesaikan masalah semasa proses P&P berlangsung. Penggunaan kit pengajaran ini mampu mempertingkatkan minat dan kefahaman pelajar.

2.Memperbanyak dan memperbagaikan penggunaan BBM dalam pengajaran.

3. Guru perlu mempertingkatkan kreativiti melalui pelbagai sumber (bacaan, internet, dan sebagainya). Usaha untuk menarik minat pelajar juga perlu dipelajari melalui pemahaman dan penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai.

Pendapat kumpulan lain:

1. Guru perlu menjana idea idea-idea baru.

2.Teknik pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan. Guru juga perlu memperbaiki teknik berkomunikasi (intonasi, sebutan dan sebagainya).

Sumber: Siti Amira binti Mohamad P52048

Aktiviti 7: Tugasan 4: KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK.

Individu:
1. Kaedah tradisional yang digunakan oleh guru membuatkan sesi P&P membosankan.
2. Komunikasi sehala membuatkan pelajar-pelajar kurang memahami maklumat/pengajaran
yang diajar guru.


Perbincangan ahli kumpulan:

1. Matlamat pengajaran sukar dicapai.

2. Hubungan sehala membuatkan pelajar pasif dan kurangnya komunikasi antara pelajar dan guru.

3. Membentuk pelajar yang kurang berkeyakinan dalam memberikan pandangan dan idea.

Pendapat kumpulan lain:

1. Penggunaan kaedah tradisional tidak sesuai digunapakai untuk pelajar lemah. Hal ini kerana pelajar lemah kurang membaca.

2.Menyekat guru menjadi lebih kreatif kerana terikat dengan kehendak sekolah.

Aktiviti 6 : Tugasan 4: KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK

Huraian kekuatan:

Individu:
1Proses P&P yang sedia ada telah memberikan keselesaan kepada guru untuk mengajar.

Pandangan ahli kumpulan:

1.Pengajaran lebih berpusatkan guru yakni komunikasi sehala. Guru lebih bersifat dominan
dalam pengajaran.

2. Pengurusan kelas dan penerimaan maklumat lebih terkawal serta sahih.

3. Silibus pelajaran dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan oleh sekolah (matlamat
sekolah tercapai).

Pendapat kumpulan lain:

1. Pelajar dilihat lebih banyak membaca memandangkan kaedah sedia ada yang digunakan guru
menuntut pelajar lebih bersedia sebelum P&P berjalan.

2.Pelajar lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran.

Sumber: Siti Amira binti Mohamad P52048

AKTIVITI 5: SEBAB PEMILIHAN TAJUK.

Tajuk kajian tindakan: "Pengintegrasian kit pengajaran dalam P&P pelajar bekeperluan khas."

Sebab-sebab Tajuk Dipilih :

Kaedah tradisional yang diguna pakai oleh kebanyakan guru yakni kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk fakta dan teori akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas.

Bagi matapelajaran sains, selalunya pelajar sukar untuk memahami teori-teori dan konsep dalam sains. Ini membuatkan pelajar susah untuk memahami teori dan konsep yang cuba didedahkan oleh guru. Melalui penggunaan kit pengajaran, pelajar dapat memahami konsep dan teori diajar guru.

Matapelajaran Bahasa Melayu pula lebih memerlukan hafalan, kefahaman dan penerangan yang panjang dan rumit. Justeru pelajar perlu lebih peka akan apa yang diajar. Oleh itu, penggunaan kit pengajaran dapat membantu mereka menguasai bahasa dengan baik.

Konsep-konsep yang diajar dalam ICT sukar difahami terutamanya istilah-istilah perkomputeran (shut down, icon, destop, dan sebagainya). Penggunaan kit pengajaran dapat menarik minat mereka untuk belajar.

Antara sebab-sebab lain yang dipertimbangkan adalah:

  1. Penggunaan kit pengajaran lebih efektif dalam P&P, namun kurang diaplikasikan oleh guru.
  2. Menggalakkan pelajar berkeperluan khas terlibat aktif dalam P&P.
  3. Meningkatkan kreativiti seorang guru.
  4. Menarik minat pelajar
  5. Mendidik pelajar pelajar berfikiran kreatif dan inovatif
  6. Memudahkan pelajar memahami isi pelajaran seterusnya objektif pengajaran tercapai.
  7. Memberi gambaran yang lebih jelas dalam sesuatu teori atau fakta.

Friday, November 13, 2009

Tugasan Kelas: Aktiviti 3

TAJUK 1:
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI

Kajian ini adalah sesuai sebagai kajian tindakan kerana:

  • fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam (Ibadah) sekaligus dapat menambah baik kefahaman pelajar
  • menggunapakai model Kemmis dan MacTaggart (1983) yang bertitik tolak kepada 4 langkah iaitu pemerhatian (observe), rancang (plan), bertindak (act) dan reflek
  • teknik pengumpulan data secara kualitatif
  • sampel kajian telah pun ditetapkan iaitu seramai 29 orang

JURNAL 2 : MATHEMATICS MANIPULATIVES.

Kajian tindakan ini dijalankan selama 14 minggu pengajaran yang berfokuskan terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam penerapan teknik manipulatif pada permulaan sesi pengajaran. 2 kelas gred 4 telah terlibat . Satu daripada kelas ini menggunakan kaedah manipulatif dalam matematik dan satu kelas lagi tidak menggunakan kaedah ini. Didapati tindakan yang dilakukan di kelas yang terletak di Lincroff, New Jersey ini sememangnya memberikan kesan yang baik.Satu kelas yang menggunakan kaedah manipulatif dalam pengenalan konteks matematik (unit) dengan bahagian masalah manakala satu lagi kelas yang tidak menggunakan kaedah ini rata-ratanya sukar untuk memahami isi pengajaran.

JURNAL 1 : HELPING STUDENTS TO ADD DETAILS AND FLAIR TO THEIR STORIES.

Kajian tindakan ini dilakukan terhadap 3 orang pelajar yang masing-masing mempunyai masalah dalam penulisan. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar masalah pembelajaran dan kajian tindakan ini dilakukan di bilik sumber (bilik resos). Pengkaji telah menggunakan gabungan teknik pembangunan kendiri yang dibawa oleh N. Bells (1991b) iaitu visual dan verbal struktur perkataan untuk meningkatkan penulisan pelajar tersebut.Kaedah kefahaman bacaan N. Bells ini dilihat berkesan dan hasil keputusan ini mendapati penulisan pelajar meningkat malahan pelajar-pelajar juga berjaya membuat gambaran / imej terhadap cerita mereka. Walaubagaimanapun teknik ini hanya memberi impak kepada 2 orang pelajar sahaja manakala seorang lagi tidak menunjukkan apa-apa peningkatan.

Saturday, November 7, 2009

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Maksud Kajian Tindakan

Umumnya, kajian tindakan bermaksud pembaharuan dan penilaian yang teliti. Ini juga bermakna proses individu bertindak balas dalam meningkatkan atau menambahbaik sesuatu yang mereka sedar perlu kepada pembaikan.

Kajian tindakan juga merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk memperbaiki serta meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menjadikan guru-guru lebih sedar, kritis serta bersedia melaksanakan perubahan dalam bentuk amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Dalam kajian tindakan, kajian yang dijalankan adalah dalam persekitaran sekolah itu sendiri yang melibatkan anggota dan warga sekolah sendiri dalam usaha memperbaiki kualiti masing-masing.

Kajian tindakan adalah sebarang siasatan bersistematik yang dijalankan oleh seorang guru, pengetua, guru kaunseling atau mana-mana badan yang terlibat dalam persekitaran pengajaran & pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tentang pengeporasian sekolah, perjalanan sesi pengajaran dan sejauhmana pelajar-pelajar belajar. Melalui maklumat yang diperolehi dengan sasaran pembangunan dalaman, pembinaan latihan, perubahan kesan positif dalam persekitaran sekolah serta memperbaiki kualiti penghasilan pelajar .

Kajian tindakan dijalankan untuk guru itu sendiri. Terdapat 4 langkah dalam menjalankan kajian ini iaitu:
i) mengenalpasti
ii) mengumpul data
iii) Menganalisis dan menginpretasi data
iv) membangunkan pelan-pelan tindakan

TUGASAN KELAS: MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN


MODEL KURT LEWIN (1952)
Kurt Lewin mendefinisikannya sebagai proses kitaran yang
mempunyai perancangan, perlaksanaan dan tinjauan.


Gordon Wells (1994) memperkenalkan “Model Idealis kitaran kajian tindakan” yang merangkumi pemerhatian, interpritasi, perubahan perancangan, tindakan, dan “teori pengamalan individu”.


Emily Calhoun (1994) menyatakan bahawa kitaran kajian tindakan termasuklah pemilihan masalah, pengumpulan data, pengorganisasian data, penganalisisan dan penginterpritasian data, dan tindakan.


John Creswell (2002) menyatakan bahawa kajian tindakan adalah dinamik, proses yang fleksibel yang melibatkan langkah-langkah pengenalpastian reka bentuk kajian tindakan yang terbaik, mengenalpasti masalah, lokasi sumber yang penting dan berkaitan, mengenalpasti maklumat yang diperlukan, perlaksanaan dan menganalisis data, merancang tindakan serta menjalankan refleksi untuk mengetahui samada ianya memberikan perbezaan ataupun tidak.

Friday, October 30, 2009

KOLOKIUM

TAJUK PEMBENTANGAN:
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI.
NAMA PEMBENTANG :AISYATULASYIQAH BT MOHAMED
NO.MATRIK :P48594
SEKOLAH :SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, SELANGOR.
BILIK : BILIK PERDANA B

PERNYATAAN MASALAH:
Pembentang telah menyatakan bahawa kajian tindakan yang dijalankan oleh beliau bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari dan menghayati subjek Pendidikan Islam terutamanya dalam bahagian ibadah.

METODOLOGI, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN.
Objektif kajian yang dijalankan oleh pembentang dipecahkan kepada dua iaitu:
a)Menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam.
b)Meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek Pendidikan Islam.
Persoalan kajian ini pula adalah:
a)Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?
b)Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Pendidikan Islam?
Prosedur kajian pula adalah berdasarkan Model Kemmis & McTaggart (1983)
Pembentang telah menjadikan 29 orang pelajar daripada kelas tingkatan satu Marikh sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini adalah dari kumpulan pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dalam subjek Pendidikan Islam.Tempoh Kajian bagi perlaksanaan adalah selama 2 minggu. Sebanyak 4 pertemuan telah dijalankan dan setiap satu pertemuan diperuntukkan selama 1 jam samada semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) ataupun tidak.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA.
1.Pengumpulan data dibuat dalam 3 cara iaitu:
i.Pemerhatian
ii.Temubual tidak berstruktur
iii.Kualitatif -Soal jawab
-Kuiz lisan
Pemerhatian dijalankan sebanyak 2 kitaran. Setiap data dan temubual yang dijalankan dicatatkan serta kemudiannya dianalisis secara manual. Hasil dapatan kemudiannya dianalisis secara terperinci bagi memastikan kajian yang dijalankan adalah berkualiti.

IMPLIKASI KAJIAN
Melalui dapatan kajian yang diperolehi didapati bahawa kaedah simulasi yang digunakan memberikan kesan yang menyeronokkan sekaligus menarik minat pelajar-pelajar untuk mengingat dan sekaligus dapat memahami isi pengajaran dengan baik.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI
Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa kaedah stimulasi yang dijalankan memberikan impak yang baik dan berkesan terhadap kefahaman dan daya ingatan para pelajar. Kaedah ini amat bersesuaian sekiranya menjadi alternatif dan pilihan para guru yang inginkan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)menjadi lebih terisi dengan keseronokan dan lebih berfokuskan kepada bentuk pengajaran yang menarik.Walaubagaimanapun, kaedah ini wajar digabungjalinkan dengan kaedah yang lain supaya tidak membosankan.

TAJUK PEMBENTANGAN:
MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4EA/PD1 MELALUI TEKNIK MENTOR MENTEE
NAMA PEMBENTANG :NURUL SYUHADA MOHD MUZNI (P48631)
:NORBASIRAH SAODI (P48616)
:AHMAD FADLI MOKHTAR (P48673)
SEKOLAH :SMK TUN MUTAHIR, MELAKA.
BILIK : BILIK PERDANA B

PERNYATAAN MASALAH:
Pembentang telah menjalankan kajian tindakan ini adalah bagi tujuan meningkatkan tahap penguasan jawi dalam kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1 bagi mata pelajaran pendidikan Islam.

METODOLOGI, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN.
Terdapat 2 objektif yang dikenalpasti oleh pembentang adalah:
i) Meningkatkan penguasaan pelajar untuk mengenal huruf jawi.
ii)Meningkatkan penguasaan pelajar untuk menulis huruf jawi.
Persoalan kajian yang dapat dilihat pula adalah:
a) Sejauh manakah pelajar-pelajar mengenal huruf-huruf jawi?
b) Sejauh manakah pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran menulis huruf jawi?
Penulis telah menjalankan kajian terhadap pelajar tingkatan 4EA/PD1. Pembentang telah menjalankan 4 tatacara iaitu:
a) Refleksi - mengenalpasti pelajar yang lemah menguasai jawi.
b) Perancangan - menggunakan teknik mentor mentee.
c) Tindakan - Membimbing dan memantau pelajar yang lemah.
d) Pemerhatian - Terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA.
Pembentang telah menjalankan pelbagai kaedah untuk mengumpul data iaitu:
1.Ujian Saringan
memberi lembaran kerja dalam tulisan jawi

2.Pemerhatian
dilakukan terhadap tingkah laku pelajar sebelum dan selepas teknik mentor mentee
dijalankan.

3.Temubual
dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik yang digunakan.

Berdasarkan dapatan kajian, pembentang mendapati:
Melalui pemerhatian:
Pada minggu pertama:
Pelajar tidak menunjukkan minat untuk belajar.

Minggu kedua:
Pelajar semakin menunjukkan minat

Minggu ketiga:
Minat pelajar tidak berubah.

IMPLIKASI KAJIAN
Pembentang mendapati melalui kaedah temubual, pelajar telah memberikan respon yang baik iaitu kaedah yang digunakan dapat menolong mereka meningkatkan penguasaan jawi.
Teknik mentor mentee yang diguna pakai juga didapati menyeronokkan serta membantu mereka dalam menguasai jawi.Didapati bahawa teknik ini bersesuaian kerana dapat membimbing pelajar dengan lebih dekat dan mesra. Keseronokkan dalam menguasai jawi juga terhasil apabila hubungan di antara pelajar dengan guru semakin rapat. Perasaan malu kerana lemah dalam jawi juga dapat dihindarkan kerana kaedah ini dilaksanakan secara persendirian. Justeru dalam mempelbagaikan lagi kaeadah pengajaran, seorang pendidik seharusnya mencuba kaeda mentor mentee bagi menimbulkan minat pelajar dalam mempelajari sesuatu terutamanya jawi.

PENAMBAHBAIKAN
1. Seorang guru yang baik, seharusnya banyak meluangkan masa selama beberapa minit untuk pelajar-pelajar lebih mengenali jawi dengan menggunakan kaedah mentor mentee supaya pemahaman pelajar lebih mendalam. Pembentang juga mencadangkan agar penggunaan tulisan jawi diwajibkan.

Tuesday, October 27, 2009

Aktiviti 10: Tugasan 4: TUGASAN 1 BUKU.



TAJUK:
Action research : A Guide For The Teacher researcher.
PENULIS:
Geoffrey E. Mills.
PENERBITAN:
Pearson Education, Inc
KELUARAN:
2003 (Edisi ke 2)

Dalam menjalankan sesuatu kajian tindakan adalah lebih baik memfokuskan 'apa' yang hendak dikaji terlebih dahulu. Idea umumnya adalah kenyataan yang dihubung kait dengan idea sesuatu tindakan dan merujuk kepada satu situasi yang diguna pakai untuk menyelesaikan atau menambah baik sesuatu masalah.
Contohnya:

1. Kenyataan: Pelajar-pelajar kurang melibatkan diri dalam kumpulan teater.
Persoalan : Bagaimana hendak meningkatkan penglibatan pelajar?

2. Kenyataan: Pelajar mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan masalah
matematik namun pemerolehan jawapan pelajar tidak menunjukkan
kemahiran
matematik dan pengetahuan mereka.
Persoalan:Bagaimana hendak menyelesaikan masalah dalam kemahiran
menyelesaikan masalah matematik pelajar?.

Dalam proses mengenalpasti masalah, kesabaran amat diperlukan. Ini kerana, ada masalah yang hanya memerlukan aktiviti yang sedikit/pendek- misalannya memulakan kajian tindakan dengan persekitaran/latar belakang yang jelas yakni student-centered, teacher-centered ataupun parent-driven (desakan ibubapa). Namun kadangkala ia banyak membawa masalah / kerumitan. Sedikit masa yang lama diperlukan untuk menjalankan refleksi dalam kelas, menemubual individu untuk mendapatkan maklumat, dan sebagainya.

Kajian yang dilaksanakan bolehlah dilakukan di:
1. sekolah
2. kelas/ bilik darjah.

Guru menggunakan 4 langkah untuk menjalankan sesuatu kajian tindakan:
1. Mengenalpasti sesuatu masalah:
2.Mengumpul data:
3.Menganalisis dan mengintepretasi data
4.Membangunkan pelan-pelan tindakan.




Monday, October 26, 2009

SEBAB KAJIAN TINDAKAN DILAKSANAKAN


10 SEBAB PERLUNYA GURU MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN.
Tujuan kajian tindakan dijalankan adalah:

  1. Menggalakkan guru untuk menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  2. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam perkara ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.
  3. Menggalakkan guru lebih berfikiran kreatif dan kritis dalam aspek penyelesaian masalah dengan menggunakan pendekatan yang betul dan bertepatan dengan situasi masalah. Hal ini demikian kerana guru itu sendiri yang membangunkan cara, kaedah mahupun teknik dalam masalah tersebut.
  4. Menjadikan sesi mengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan dan interaktif. Ini dapat dilihat dengan peningkatan akademik dan penglibatan pelajar ketika sesi berlangsung.
  5. Sifat guru itu sendiri yang berperanan sebagai penyelidik. Tugas seorang guru bukan sekadar memcurahkan ilmu bakti kepada pelajar bahkan sebagai penyelesai masalah untuk pembangunan komuniti dan negara.
  6. Menggalakkan guru menggunakan dan mengaplikasi teori-teori kajian individu tertentu dalam kajian tindakan yakni dalam usaha mempelbagaikan bentuk ilmu dan penyelesaian masalah. Ini dapat membentuk guru yang lebih holistik dan berilmu pengetahuan. Secara langsung melalui cara ini sesuatu ilmu itu terutamanya berkaitan dengan ilmu kajian tindakan dapat dimurnikan.
  7. Sebagai satu langkah bagi guru untuk meningkatkan lagi kualiti profesionalisma seorang guru.
  8. Membina karektor positif seorang guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
  9. Supaya matlamat dalam penghasilan pelajar yang menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yakni memiliki JERI ( Jasmani, emosi, rohani dan intelek) dapat dicapai dengan jayanya.
  10. Untuk perkembangan ilmu. Hal ini demikian ilmu yang dituntut dan diaplikasi dapat memudahkan seseorang individu menjalankan kehidupan mereka dengan lebih baik serta tersusun.