TEORI ATAU KAEDAH YANG BOLEH DIADAPTASI
1. KAEDAH PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
- Merupakan satu pendekatan pembelajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran . Disini guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar yang berusaha untuk belajar secara sendiri mahupun secara berkumpulan. Pelajar diberikan peluang untuk mendapatkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Peranan guru pada ketika ini adalah sebagai fasilitator yang mana mereka membantu pelajar untuk mencapai matlamat manakala pelajarlah yang mengerakkan proses pembelajaran supaya mendapat maklumat dan pengetahuan.
2. TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON
- John B. Watson merupakan seorang ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkahlaku dalam proses pembelajaran. Beliau mendapati bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menetukan ransangan yang akan didedahkan kepadanya dan gerak balas yang terhasil. Dengan penggabungan beberapa ransangan, gerak balas tertentu akan terhasil serta dapat dikaitkan dengan situasi. Bagi proses P&P, guru perlulah memilih ransangan yang menyeronokkan.
3. MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Kegiatan mental manusia yang berkaitan dengan penerimaan maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woofolk, 1998). terdiri daripada ingatan deria (sensory motor), ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
a) INGATAN DERIA
- Ingatan jangka pendek yang wujud pada manusia. Masa penyimpanan adalah antara 1 hingga 3 saat. Mudah hilang.
b) INGATAN JANGKA PENDEK
- Tempoh simpanan maklumat adalah 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun dan disintesis untuk dihantar ke stor jangka panjang.
c) INGATAN JANGKA PANJANG
Mampu menyimpan maklumatlebih lama dan isi kandungannya dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
i. Ingatan Episodik
- Ingatan tentang peristiwa yang dialami oleh seseorang sepanjang hayatnya, lengkap dengan masa, dan tempat.
ii. Ingatan Semantik
- Ingatan tentang makna yakni menyimpan konsep, fakta, hukum, skema atau imej.
iii. Ingatan Prosedural
Ingatan bagaimana melakukan sesuatu, teritamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya mengingati bagaimana menaiki basikal.
4. TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Diperkenalkan oleh Robert M. Gagne iaitu seorang ahli psikologi eksperimental. Beliau telah mengenalpasti 8 peringkat pembelajaran. Antaranya adalah seperti berikut:
Pembelajaran isyarat
- Individu mempelajari gerakbalas terhadap sesuatu isyarat. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku.
Pembelajaran Gerak balas
- Proses peneguhan diberikan untuk memperkuatkan talian antara ransangan dengan gerakbalas.
Pembelajaran rangkaian motor
- Digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permaianan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Merupakan siri tingkahlaku yang berkaitanuntuk melengkapi tugasan yang dijalankan.
Pembelajaran pertalian bahasa
- Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar menggunakan bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Memerlukan kemahiran berbahasa yang dipelajari dahulu.
Pembelajaran diskriminasi
- Membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan
Pembelajaran konsep
- Pembentukan konsep yang bermula dengan pertalian bahasa dan diskriminasi. Pelajar membentuk konsep dengan baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar didedahkan dengan banyak contoh yang jelas dan tepat untuk membentuk konsep yang betul.
Pembelajaran hukum
- Melibatkan 2 atau lebih konsep yang berkaitan dengan sesuatu urutan, atau rangkaian. Melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.
Pembelajaran menyelesaikan masalah
- Melibatkan beberapa langkah dalam menyelesaikan masakah iaitu mengenalpasti masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan serta membuat rumusan.
KERANGKA KONSEPTUAL
KERANGKA OPERASIONAL
- Guru menjalankan P&P dengan menetapkan sesuatu tajuk atau unit mengikut sukatan pelajaran.
- Guru menyediakan perancangan mengajar misalannya mengajar kata kerja kepada para pelajar . Disini guru sudah menetapkan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar.
- Guru menggunakan kit pengajaran untuk memberikan makna, konsep serta kefahaman kepada pelajar.
- Guru menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kit pengajaran yang telah ditetapkan guru. Disini guru bertindak sebagai seorang fasilitator.
- Guru cuba mengenalpasti tahap kefahaman pelajar samada pelajar sememangnya faham atau tidak apa yang cuba diajar dalam P&P pada hari tersebut melalui latihan.
0 comments:
Post a Comment