BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA

PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data dengan sistematik adalah pendekatan teruji dalam menjalankan sebarang penyelidikan untuk mengukuhkan sesuatu perkara serta memantapkan kefahaman kepada pengkaji. Dalam sesuatu kitaran kajian tindakan, pengutipan data berlaku di peringkat awal yang mana pengkaji mengumpulkan data untuk memahami secara mendalam masalah yang dikenal pasti manakala peringkat kedua pengutipan data adalah untuk mengesan keberkesanan aktiviti rawatan yang dilakukan kepada sesuatu situasi yang ingin dipertingkatkan. Menurut Johnson & Christensen (2000:125-154) menyatakan ada 6 metodologi yang selalunya diguna oleh penyelidik dalam mengumpulkan data iaitu:

1. Ujian-ujian piawai
Ujian standart yang dibina pengkaji untuk sesuatu tujuan spesifik seperti mengukur sesuatu
tahap disebabkan kesahanndan keanjalan yang tinggi.

2. Soal selidik
Adanya penyoalan berdasarkan soalan yang disusun teratur untuk ditadbir ke atas peserta.
Boleh ditadbir pengkaji ataupun pembantunya dan soalan ini diisi oleh responden. Kualiti
soalan menentukan nilai sesuatu kajian.

3. Temu bual
Kebanyakan pengkaji gemar untuk melakukan temubual jenis bersemuka. KAdangkala temu
bual ini dilakukan di dalam telefon, persidangan video dan lain-lain. Temubual bersemuka
adalah bentuk komunikasi yang mana penemubual mengemukakan soalan-soalan verbal
untuk tujuan pemerolehan maklumat.

4. Pemerhatian
Situasi di mana pengkaji melakukan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat. Disini
pengkaji mengutip data dengan melihat gelagat, corak perlakuan atau rupa tertentu untuk
kutip maklumat tentang sesuatu kajian.



JENIS-JENIS DATA
Umumnya data dapat diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu:
i. Data kuantitatif
Lebih dominan dimana data yang diperolehi adalah berasaskan kepada pengukuran-
pengukuran yang menggunakan skala-skala perkadaran dan instrumen-instrumen khusus
bagi menuhi keperluan rumusan rumus stalistik.

ii. Data kualitatif
Kebanyakannya telah ditranskripsi, istilah dan sebagainya yang menyokong. Dapat
dikumpulkan ketika sesi perbualan, pemerhatian, catatan pengalaman serta perasaan
pengkaji.


PENGANALISISAN DATA
Penganalisisan data berlaku pada 2 peringkat yakni ketika proses mengenalpasti isu dan pada peringkat akhir iaitu selepas kutipan data dilakukan semasa dan selepas perlaksanaan sesuatu tindakan. Ketelitian amat diperlukan dalam menganalisis data supaya maklumat yang diperolehi itu sahih dan dapat digunakan dalam membuat kesimpulan.

Pengkaji bertanggungjawab memastikan data yang diperolehi itu adalah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Dalam menganalisis data pengkaji boleh menggunakan bantuan komputer. Disini selalunya penulis akan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences atau lebih dikenali sebagai SPSS.

Kaedah pengumpulan data yang pelbagai samada dilakukan secara berstruktur atau tidak ataupun kedua-duanya sekali. Bagi pendekatan berstruktur, aspek yang hendak diperhatikan telahpun dikenalpasti. Biasanya pengkaji telah menyediakan senarai semak atau bentuk soalan tertutup yang berkaitan dengan perkara-perkara yang menjadi keutamaannya. Bagi pemerhatian atau temubual tidak berstruktur pula pelbagai soalan boleh dikumpulkan asalkannya berkaitan dengan kajian.

Bagi pemerhatian atau temubual tidak berstruktur, adalah lebih sukar ditandatangani dan kompleks kerana wujudnya sumber subjektif. Untuk meningkatkan ketepatan, pembacaan nota-nota catatan perlu dibaca berulang kali, serta direfleksikan .




0 comments: