BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 26, 2009

SEBAB KAJIAN TINDAKAN DILAKSANAKAN


10 SEBAB PERLUNYA GURU MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN.
Tujuan kajian tindakan dijalankan adalah:

  1. Menggalakkan guru untuk menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  2. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam perkara ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.
  3. Menggalakkan guru lebih berfikiran kreatif dan kritis dalam aspek penyelesaian masalah dengan menggunakan pendekatan yang betul dan bertepatan dengan situasi masalah. Hal ini demikian kerana guru itu sendiri yang membangunkan cara, kaedah mahupun teknik dalam masalah tersebut.
  4. Menjadikan sesi mengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan dan interaktif. Ini dapat dilihat dengan peningkatan akademik dan penglibatan pelajar ketika sesi berlangsung.
  5. Sifat guru itu sendiri yang berperanan sebagai penyelidik. Tugas seorang guru bukan sekadar memcurahkan ilmu bakti kepada pelajar bahkan sebagai penyelesai masalah untuk pembangunan komuniti dan negara.
  6. Menggalakkan guru menggunakan dan mengaplikasi teori-teori kajian individu tertentu dalam kajian tindakan yakni dalam usaha mempelbagaikan bentuk ilmu dan penyelesaian masalah. Ini dapat membentuk guru yang lebih holistik dan berilmu pengetahuan. Secara langsung melalui cara ini sesuatu ilmu itu terutamanya berkaitan dengan ilmu kajian tindakan dapat dimurnikan.
  7. Sebagai satu langkah bagi guru untuk meningkatkan lagi kualiti profesionalisma seorang guru.
  8. Membina karektor positif seorang guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
  9. Supaya matlamat dalam penghasilan pelajar yang menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yakni memiliki JERI ( Jasmani, emosi, rohani dan intelek) dapat dicapai dengan jayanya.
  10. Untuk perkembangan ilmu. Hal ini demikian ilmu yang dituntut dan diaplikasi dapat memudahkan seseorang individu menjalankan kehidupan mereka dengan lebih baik serta tersusun.


0 comments: