BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 30, 2009

KOLOKIUM

TAJUK PEMBENTANGAN:
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI.
NAMA PEMBENTANG :AISYATULASYIQAH BT MOHAMED
NO.MATRIK :P48594
SEKOLAH :SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, SELANGOR.
BILIK : BILIK PERDANA B

PERNYATAAN MASALAH:
Pembentang telah menyatakan bahawa kajian tindakan yang dijalankan oleh beliau bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari dan menghayati subjek Pendidikan Islam terutamanya dalam bahagian ibadah.

METODOLOGI, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN.
Objektif kajian yang dijalankan oleh pembentang dipecahkan kepada dua iaitu:
a)Menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam.
b)Meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek Pendidikan Islam.
Persoalan kajian ini pula adalah:
a)Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?
b)Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Pendidikan Islam?
Prosedur kajian pula adalah berdasarkan Model Kemmis & McTaggart (1983)
Pembentang telah menjadikan 29 orang pelajar daripada kelas tingkatan satu Marikh sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini adalah dari kumpulan pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dalam subjek Pendidikan Islam.Tempoh Kajian bagi perlaksanaan adalah selama 2 minggu. Sebanyak 4 pertemuan telah dijalankan dan setiap satu pertemuan diperuntukkan selama 1 jam samada semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) ataupun tidak.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA.
1.Pengumpulan data dibuat dalam 3 cara iaitu:
i.Pemerhatian
ii.Temubual tidak berstruktur
iii.Kualitatif -Soal jawab
-Kuiz lisan
Pemerhatian dijalankan sebanyak 2 kitaran. Setiap data dan temubual yang dijalankan dicatatkan serta kemudiannya dianalisis secara manual. Hasil dapatan kemudiannya dianalisis secara terperinci bagi memastikan kajian yang dijalankan adalah berkualiti.

IMPLIKASI KAJIAN
Melalui dapatan kajian yang diperolehi didapati bahawa kaedah simulasi yang digunakan memberikan kesan yang menyeronokkan sekaligus menarik minat pelajar-pelajar untuk mengingat dan sekaligus dapat memahami isi pengajaran dengan baik.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI
Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa kaedah stimulasi yang dijalankan memberikan impak yang baik dan berkesan terhadap kefahaman dan daya ingatan para pelajar. Kaedah ini amat bersesuaian sekiranya menjadi alternatif dan pilihan para guru yang inginkan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)menjadi lebih terisi dengan keseronokan dan lebih berfokuskan kepada bentuk pengajaran yang menarik.Walaubagaimanapun, kaedah ini wajar digabungjalinkan dengan kaedah yang lain supaya tidak membosankan.

TAJUK PEMBENTANGAN:
MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4EA/PD1 MELALUI TEKNIK MENTOR MENTEE
NAMA PEMBENTANG :NURUL SYUHADA MOHD MUZNI (P48631)
:NORBASIRAH SAODI (P48616)
:AHMAD FADLI MOKHTAR (P48673)
SEKOLAH :SMK TUN MUTAHIR, MELAKA.
BILIK : BILIK PERDANA B

PERNYATAAN MASALAH:
Pembentang telah menjalankan kajian tindakan ini adalah bagi tujuan meningkatkan tahap penguasan jawi dalam kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1 bagi mata pelajaran pendidikan Islam.

METODOLOGI, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN.
Terdapat 2 objektif yang dikenalpasti oleh pembentang adalah:
i) Meningkatkan penguasaan pelajar untuk mengenal huruf jawi.
ii)Meningkatkan penguasaan pelajar untuk menulis huruf jawi.
Persoalan kajian yang dapat dilihat pula adalah:
a) Sejauh manakah pelajar-pelajar mengenal huruf-huruf jawi?
b) Sejauh manakah pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran menulis huruf jawi?
Penulis telah menjalankan kajian terhadap pelajar tingkatan 4EA/PD1. Pembentang telah menjalankan 4 tatacara iaitu:
a) Refleksi - mengenalpasti pelajar yang lemah menguasai jawi.
b) Perancangan - menggunakan teknik mentor mentee.
c) Tindakan - Membimbing dan memantau pelajar yang lemah.
d) Pemerhatian - Terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA.
Pembentang telah menjalankan pelbagai kaedah untuk mengumpul data iaitu:
1.Ujian Saringan
memberi lembaran kerja dalam tulisan jawi

2.Pemerhatian
dilakukan terhadap tingkah laku pelajar sebelum dan selepas teknik mentor mentee
dijalankan.

3.Temubual
dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik yang digunakan.

Berdasarkan dapatan kajian, pembentang mendapati:
Melalui pemerhatian:
Pada minggu pertama:
Pelajar tidak menunjukkan minat untuk belajar.

Minggu kedua:
Pelajar semakin menunjukkan minat

Minggu ketiga:
Minat pelajar tidak berubah.

IMPLIKASI KAJIAN
Pembentang mendapati melalui kaedah temubual, pelajar telah memberikan respon yang baik iaitu kaedah yang digunakan dapat menolong mereka meningkatkan penguasaan jawi.
Teknik mentor mentee yang diguna pakai juga didapati menyeronokkan serta membantu mereka dalam menguasai jawi.Didapati bahawa teknik ini bersesuaian kerana dapat membimbing pelajar dengan lebih dekat dan mesra. Keseronokkan dalam menguasai jawi juga terhasil apabila hubungan di antara pelajar dengan guru semakin rapat. Perasaan malu kerana lemah dalam jawi juga dapat dihindarkan kerana kaedah ini dilaksanakan secara persendirian. Justeru dalam mempelbagaikan lagi kaeadah pengajaran, seorang pendidik seharusnya mencuba kaeda mentor mentee bagi menimbulkan minat pelajar dalam mempelajari sesuatu terutamanya jawi.

PENAMBAHBAIKAN
1. Seorang guru yang baik, seharusnya banyak meluangkan masa selama beberapa minit untuk pelajar-pelajar lebih mengenali jawi dengan menggunakan kaedah mentor mentee supaya pemahaman pelajar lebih mendalam. Pembentang juga mencadangkan agar penggunaan tulisan jawi diwajibkan.

0 comments: