BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 8: Tugasan 4: CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN SUBJEK.

Individu:
1. Penggunaan kit pengajaran dapat menyumbang kepada proses P&P lebih menarik dan
bermaklumat.
2. Kit pengajaran sebagai salah satu daripada kaedah yang boleh digunakan untuk menyumbang
kepada penjanaan kemahiran berfikir.

Perbincangan ahli kumpulan:

1.Penggunaan kit pengajaran dilihat sebagai satu alternatif dalam menyelesaikan masalah semasa proses P&P berlangsung. Penggunaan kit pengajaran ini mampu mempertingkatkan minat dan kefahaman pelajar.

2.Memperbanyak dan memperbagaikan penggunaan BBM dalam pengajaran.

3. Guru perlu mempertingkatkan kreativiti melalui pelbagai sumber (bacaan, internet, dan sebagainya). Usaha untuk menarik minat pelajar juga perlu dipelajari melalui pemahaman dan penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai.

Pendapat kumpulan lain:

1. Guru perlu menjana idea idea-idea baru.

2.Teknik pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan. Guru juga perlu memperbaiki teknik berkomunikasi (intonasi, sebutan dan sebagainya).

Sumber: Siti Amira binti Mohamad P52048

Aktiviti 7: Tugasan 4: KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK.

Individu:
1. Kaedah tradisional yang digunakan oleh guru membuatkan sesi P&P membosankan.
2. Komunikasi sehala membuatkan pelajar-pelajar kurang memahami maklumat/pengajaran
yang diajar guru.


Perbincangan ahli kumpulan:

1. Matlamat pengajaran sukar dicapai.

2. Hubungan sehala membuatkan pelajar pasif dan kurangnya komunikasi antara pelajar dan guru.

3. Membentuk pelajar yang kurang berkeyakinan dalam memberikan pandangan dan idea.

Pendapat kumpulan lain:

1. Penggunaan kaedah tradisional tidak sesuai digunapakai untuk pelajar lemah. Hal ini kerana pelajar lemah kurang membaca.

2.Menyekat guru menjadi lebih kreatif kerana terikat dengan kehendak sekolah.

Aktiviti 6 : Tugasan 4: KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK

Huraian kekuatan:

Individu:
1Proses P&P yang sedia ada telah memberikan keselesaan kepada guru untuk mengajar.

Pandangan ahli kumpulan:

1.Pengajaran lebih berpusatkan guru yakni komunikasi sehala. Guru lebih bersifat dominan
dalam pengajaran.

2. Pengurusan kelas dan penerimaan maklumat lebih terkawal serta sahih.

3. Silibus pelajaran dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan oleh sekolah (matlamat
sekolah tercapai).

Pendapat kumpulan lain:

1. Pelajar dilihat lebih banyak membaca memandangkan kaedah sedia ada yang digunakan guru
menuntut pelajar lebih bersedia sebelum P&P berjalan.

2.Pelajar lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran.

Sumber: Siti Amira binti Mohamad P52048

AKTIVITI 5: SEBAB PEMILIHAN TAJUK.

Tajuk kajian tindakan: "Pengintegrasian kit pengajaran dalam P&P pelajar bekeperluan khas."

Sebab-sebab Tajuk Dipilih :

Kaedah tradisional yang diguna pakai oleh kebanyakan guru yakni kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk fakta dan teori akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas.

Bagi matapelajaran sains, selalunya pelajar sukar untuk memahami teori-teori dan konsep dalam sains. Ini membuatkan pelajar susah untuk memahami teori dan konsep yang cuba didedahkan oleh guru. Melalui penggunaan kit pengajaran, pelajar dapat memahami konsep dan teori diajar guru.

Matapelajaran Bahasa Melayu pula lebih memerlukan hafalan, kefahaman dan penerangan yang panjang dan rumit. Justeru pelajar perlu lebih peka akan apa yang diajar. Oleh itu, penggunaan kit pengajaran dapat membantu mereka menguasai bahasa dengan baik.

Konsep-konsep yang diajar dalam ICT sukar difahami terutamanya istilah-istilah perkomputeran (shut down, icon, destop, dan sebagainya). Penggunaan kit pengajaran dapat menarik minat mereka untuk belajar.

Antara sebab-sebab lain yang dipertimbangkan adalah:

  1. Penggunaan kit pengajaran lebih efektif dalam P&P, namun kurang diaplikasikan oleh guru.
  2. Menggalakkan pelajar berkeperluan khas terlibat aktif dalam P&P.
  3. Meningkatkan kreativiti seorang guru.
  4. Menarik minat pelajar
  5. Mendidik pelajar pelajar berfikiran kreatif dan inovatif
  6. Memudahkan pelajar memahami isi pelajaran seterusnya objektif pengajaran tercapai.
  7. Memberi gambaran yang lebih jelas dalam sesuatu teori atau fakta.

Friday, November 13, 2009

Tugasan Kelas: Aktiviti 3

TAJUK 1:
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI

Kajian ini adalah sesuai sebagai kajian tindakan kerana:

  • fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam (Ibadah) sekaligus dapat menambah baik kefahaman pelajar
  • menggunapakai model Kemmis dan MacTaggart (1983) yang bertitik tolak kepada 4 langkah iaitu pemerhatian (observe), rancang (plan), bertindak (act) dan reflek
  • teknik pengumpulan data secara kualitatif
  • sampel kajian telah pun ditetapkan iaitu seramai 29 orang

JURNAL 2 : MATHEMATICS MANIPULATIVES.

Kajian tindakan ini dijalankan selama 14 minggu pengajaran yang berfokuskan terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam penerapan teknik manipulatif pada permulaan sesi pengajaran. 2 kelas gred 4 telah terlibat . Satu daripada kelas ini menggunakan kaedah manipulatif dalam matematik dan satu kelas lagi tidak menggunakan kaedah ini. Didapati tindakan yang dilakukan di kelas yang terletak di Lincroff, New Jersey ini sememangnya memberikan kesan yang baik.Satu kelas yang menggunakan kaedah manipulatif dalam pengenalan konteks matematik (unit) dengan bahagian masalah manakala satu lagi kelas yang tidak menggunakan kaedah ini rata-ratanya sukar untuk memahami isi pengajaran.

JURNAL 1 : HELPING STUDENTS TO ADD DETAILS AND FLAIR TO THEIR STORIES.

Kajian tindakan ini dilakukan terhadap 3 orang pelajar yang masing-masing mempunyai masalah dalam penulisan. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar masalah pembelajaran dan kajian tindakan ini dilakukan di bilik sumber (bilik resos). Pengkaji telah menggunakan gabungan teknik pembangunan kendiri yang dibawa oleh N. Bells (1991b) iaitu visual dan verbal struktur perkataan untuk meningkatkan penulisan pelajar tersebut.Kaedah kefahaman bacaan N. Bells ini dilihat berkesan dan hasil keputusan ini mendapati penulisan pelajar meningkat malahan pelajar-pelajar juga berjaya membuat gambaran / imej terhadap cerita mereka. Walaubagaimanapun teknik ini hanya memberi impak kepada 2 orang pelajar sahaja manakala seorang lagi tidak menunjukkan apa-apa peningkatan.

Saturday, November 7, 2009

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Maksud Kajian Tindakan

Umumnya, kajian tindakan bermaksud pembaharuan dan penilaian yang teliti. Ini juga bermakna proses individu bertindak balas dalam meningkatkan atau menambahbaik sesuatu yang mereka sedar perlu kepada pembaikan.

Kajian tindakan juga merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk memperbaiki serta meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menjadikan guru-guru lebih sedar, kritis serta bersedia melaksanakan perubahan dalam bentuk amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Dalam kajian tindakan, kajian yang dijalankan adalah dalam persekitaran sekolah itu sendiri yang melibatkan anggota dan warga sekolah sendiri dalam usaha memperbaiki kualiti masing-masing.

Kajian tindakan adalah sebarang siasatan bersistematik yang dijalankan oleh seorang guru, pengetua, guru kaunseling atau mana-mana badan yang terlibat dalam persekitaran pengajaran & pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tentang pengeporasian sekolah, perjalanan sesi pengajaran dan sejauhmana pelajar-pelajar belajar. Melalui maklumat yang diperolehi dengan sasaran pembangunan dalaman, pembinaan latihan, perubahan kesan positif dalam persekitaran sekolah serta memperbaiki kualiti penghasilan pelajar .

Kajian tindakan dijalankan untuk guru itu sendiri. Terdapat 4 langkah dalam menjalankan kajian ini iaitu:
i) mengenalpasti
ii) mengumpul data
iii) Menganalisis dan menginpretasi data
iv) membangunkan pelan-pelan tindakan

TUGASAN KELAS: MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN


MODEL KURT LEWIN (1952)
Kurt Lewin mendefinisikannya sebagai proses kitaran yang
mempunyai perancangan, perlaksanaan dan tinjauan.


Gordon Wells (1994) memperkenalkan “Model Idealis kitaran kajian tindakan” yang merangkumi pemerhatian, interpritasi, perubahan perancangan, tindakan, dan “teori pengamalan individu”.


Emily Calhoun (1994) menyatakan bahawa kitaran kajian tindakan termasuklah pemilihan masalah, pengumpulan data, pengorganisasian data, penganalisisan dan penginterpritasian data, dan tindakan.


John Creswell (2002) menyatakan bahawa kajian tindakan adalah dinamik, proses yang fleksibel yang melibatkan langkah-langkah pengenalpastian reka bentuk kajian tindakan yang terbaik, mengenalpasti masalah, lokasi sumber yang penting dan berkaitan, mengenalpasti maklumat yang diperlukan, perlaksanaan dan menganalisis data, merancang tindakan serta menjalankan refleksi untuk mengetahui samada ianya memberikan perbezaan ataupun tidak.